Syarikat AirAsia menyahut seruan kerajaan dengan menyertai inisiatif Payung Rahmah melalui platform aplikasi mereka, Airasia Superapp.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, insiaitif tersebut akan mula dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan mulai tarikh hari ini.
“Selaras dengan pelancaran ini, Airasia Superapp akan melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah program Payung Rahmah secara berperingkat demi membantu memudahkan perjalanan dan menginap secara mampu milik serta berpatutan untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Jika sambutan inisiatif ini mendapat sambutan menggalakkan, maka kita akan perkembangkan dan melanjutkan lagi selepas tempoh tiga bulan tersebut,” katanya ketika merasmikan inisatif tersebut di Petaling Jaya hari ini.
Sementara itu, Pengasas Bersama AirAsia, Tony Fernandes berkata, pihaknya turut menawarkan promosi dalam pakej inisiatif tersebut promosi RM1 Airasia Ride.
Jelasnya, promosi tersebut hanya terpilih di Lembah Klang iaitu Putrajaya dan Cyberjaya, Bukit Bintang. Bandar Sunway, Bangsar South dan Mont Kiara.
Promosi ini tersedia pada setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 12.00 tengah hari untuk 3,000 tempahan pertama setiap hari (tertakluk kepada caj minimum tempahan perjalanan bernilai RM5).
Dalam pada itu, katanya bagi Pakej Rahmah Ride, Fly & Stay ditawarkan kepada semua pengguna yang berjaya memperoleh promosi RM1 Airasia Ride.
“Mereka yang berpeluang itu dapat menebus tempahan penerbangan ke mana-mana destinasi antarabangsa melalui platform OTA (ejen pelancongan dalam talian) dan tempahan hotel, masing-masing dengan diskaun RM50 setiap satu dengan memasukkan kod promosi “RAHMAH50” semasa membuat pembayaran.
“Diskaun RM50 untuk tempahan penerbangan ke semua destinasi antarabangsa melalui platform OTA dengan memasukkan kod 1 promosi “RAHMAH50” semasa membuat pembayaran.
“Diskaun RM50 bagi tempahan hotel di semua destinasi tempatan dan antarabangsa pula juga melalui platform OTA dengan memasukkan kod promosi “RAHMAH50″ ,” ujarnya.
Kedua-dua promosi potongan diskaun RM50 bagi tempahan penerbangan dan hotel itu tertakluk kepada 100 transaksi pertama setiap hari
Sumber : Utusan Malaysia