Isteri terjatuh kerana licin, lelaki nekad hancurkan jalan guna tukul

GARA-GARA berang apabila si isteri terjatuh semasa melalui sebuah kawasan kaki lima, seorang lelaki nekad ‘menghancurkan’ kawasan pejalan kaki tersebut bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kota Ambon, Maluku itu tular selepas video kejadian tular di laman sosial.

Dia juga dilihat menjerit-jerit meluahkan rasa marah di kawasan jalan Dr. Soetomo itu.

Kawasan tersebut dirosakkan menggunakan sebuah tukul.

“Kejadian berlaku sekitar pukul dua atau tiga petang (waktu tempatan). Ketika itu, saya sedang melayan seorang pembeli dan lelaki itu tiba-tiba menghancurkan kaki lima itu.

“Dia menghancurkan kaki lima itu dan berkata bahawa kali lima itu telah menyebabkan isterinya terjatuh,” kata seorang saksi yang dikenali sebagai Julia.

Jelas Julia lagi, dia melihat pasangan suami isteri itu yang menaiki motosikal dan terjatuh ketika mahu memasuki sebuah pasar mini.

Mereka dipercayai terjatuh kerana jalan tersebut yang licin kerana hujan.