Mendapat! Isteri kantoi curang dengan suami selepas kemalangan bersama teman lelaki

KASIHAN… Seorang suami hanya mengetahui isterinya berlaku curang selepas wanita itu terbabit dalam kemalangan bersama teman lelakinya di sebuah lebuh raya di bandar Saltillo, Mexico pada  Ahad lalu, lapor Kosmo!

Menurut saluran berita RCG Media, wanita dikenali sebagai  Edna itu menipu polis di lokasi kejadian dengan memaklumkan bahawa hanya dia berada dalam kenderaan tersebut.

Dia  menipu pihak berkuasa kerana ingin mengelakkan teman lelakinya, Raul ditahan kerana kereta itu tidak memiliki plat kenderaan.

Siasatan polis terhadap kemalangan itu mendapati Edna menipu. Raul  telah ditahan atas kesalahan berkaitan nahas tersebut.

Selepas mendapat maklumat keluarga mereka, pihak polis menghubungi kediaman Edna agar dia dapat dihantar pulang. Bagaimanapun, suaminya menjawab panggilan itu dan muncul di lokasi kemalangan.

Suaminya yang mendapat tahu tentang kecurangan isterinya mula bertengkar di lokasi, malah kedua-dua lelaki tersebut hampir bertumbuk sebelum polis menghalang mereka.

Biarpun menipu pihak berkuasa, Edna dibenarkan pulang bersama-sama suaminya dan ahli keluarganya yang lain manakala Raul ditahan polis.

Sumber: Kosmo!