Rumah kondo tak laku, Aliff Syukri nekad nak sewakan harga rendah

USAHAWAN kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri akui sedih selepas rumah kondonya yang terletak di tengah ibu kota tiada pembeli ekoran pandemik Covid 19.

Dia berniat uuntuk menjual rumah itu dengan harga RM6 juta yang juga masih di bawah harga pasaran, namun tiada satu pembeli pun berminat.

Disebabkan hal itu, beliau nekad untuk sewakan rumah terbabit pada kadar harga yang munasabah agar tidak terus menanggung kerugian.

Berikut luahan hati Datuk Aliff berhubung rumah berkenaan menerusi Instagram miliknya. 

Perkongsian Aliff di Instagram.

“Sedih sangat saya sebabnya saya nak jual rumah aparten sy di pavilion bukit bintang ni. Akan tetapi sebab musim PKP tak ada orang yang mampu membeli rumah ni. Padahal saya dah jual murah daripada Market Value hanya rm6juta fully furnished.

“Di sbbkan pembeli x ada.. sy rasa saya nak sewa sahaja rumah ni pada harga murah2zzKepada anda yang nak sewa bulanan saya bagi diskaun harga sebenar sebulan hanya RM 28k.. sbb musim covid saya bagi 45% -50persen diskaun.