Menangis nak pulang ke kampung, wanita kehilangan pekerjaan ini dapat ‘green light’ dari pihak berkuasa

SEJAK pandemik Covid-19, banyak pihak yang perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak dan mengawal penularan kes menjadi semakin meningkat.

Tidak terlepas juga dengan negara Indonesia, kerajaan mereka telah mengambil inisiatif dengan mengadakan sekatan jalan raya di beberapa daerah yang terlibat bagi memastikan orang ramai tidak pulang ke kampung halaman semasa Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Sehubungan dengan itu, individu yang ingin merentas daerah perlu mengemukakan surat ‘bebas Covid-19’ terlebih dahulu kepada pihak polis sebelum boleh melepasi sekatan jalan raya.

Baru-baru ini, tular sebuah video tentang seorang penunggang motosikal wanita yang menangis apabila ditahan pihak berkuasa di sekatan sempadan daerah.

Menurut video yang dimuat naik oleh CNN Indonesia di Youtube, wanita tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa di Jayanti, Tangerang, Banten, pada 4 Mei lalu.

Difahamkan, wanita itu gagal menunjukkan surat bukti bebas Covid-19 semasa ingin meneruskan perjalanannya ke daerah Lampung.

Disebabkan hal itu, pihak berkuasa telah menyuruh wanita tersebut untuk patah balik ke Jakarta. Namun, dia kemudian menangis di hadapan pegawai berkenaan. Menurut laporan, wanita itu juga meluahkan bahawa dia tidak mampu lagi melansungkan kehidupan di Jakarta kerana telah kehilangan pekerjaannya akibat pandemik Covid-19.

Apa yang lebih memilukan apabila wanita itu memberitahu dia hanya ingin pulang ke kampung halaman merayu sambil menangis kepada pihak berkuasa berkenaan.

Disebabkan ihsan dan simpati terhadap nasib yang menimpa wanita itu, anggota polis yang bertugas telah membenarkan wanita tersebut meneruskan perjalanannya ke kampung halaman.

Meninjau ke ruangan komen, ramai orang memuji sifat sifat keprihatinan dan berperikemanusian anggota polis berkenaan dan mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

Sumber: CNN Indonesia