Lelaki Turki ini terkenal selepas upload lebih 1 juta gambar hampir serupa di Facebook!

SEORANG pengguna laman sosial Facebook berjaya menarik perhatian netizen apabila memuat naik gambar selfie yang hampir sama hampir saban hari sehingga mencapai jumlah lebih 1 juta keping!

Lelaki yang menggunakan nama Kozanli Volkan di laman tersebut memuat naik gambar dia memakai baju berwarna merah sambil menutup sedikit mata akibat terkena pancaran matahari.

Sehingga kini, lelaki yang dipercayai berasal dari Adana, Turki itu telah memuat naik sebanyak 1,457,110 keping gambar.

Kozanli muat naik gambar hampir serupa di Facebook miliknya.

Melalui semakan The News, posting terbaharu Kozanli mendapat hampir 7 ribu tanda suka dan hampir 3 ribu perkongsian.

Dia juga mempunyai 5 ribu rakan dalam laman tersebut.

kali terakhir dia dilihat memuat naik koleksi gambarnya ialah pada 21 Februari lalu.