“Aku dah rujuk!” – Zarina Anjoulie sah kembali ke pangkuan suami, kongsi video hadir ke mahkamah syariah

PELAKON Zarina Anjoulie membuat kejutan apabila mendedahkan dirinya kini kembali bergelar isteri kepada Eilyas Azhar, sebulan selepas bercerai secara mengejut.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Zarina menerusi Instagramnya pada Selasa.

Menerusi perkongsian itu, Zarina turut memberi amaran kepada wanita-wanita yang menghantar pesanan mesej kepada suaminya agar berhenti melakukan perkara demikian

“Wahai perempuan-perempuan yang asyik menghantar mesej kepada Yas (nama gelaran Eilyas), aku rasa sekarang sudah boleh berhenti mesej suami aku.

“Tak marah, pesan sahaja. Aku dan Yas pun sudah rujuk,” tulisnya.

Perkongsian Zarina di Instagram.

Namun pelakon yang terkenal dengan drama Anak Pontianak ini bertindak memadam perkongsian tersebut.

Malah, dia juga tidak memperincikan tarikh mereka kembali bergelar suami isteri.

Dalam pada itu, melalui perkongsian terbaharunya di Instagram pada pagi Rabu, Zarina menunjukkan dia dan Eilyas memasuki perkarangan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

Zarina sah rujuk dengan suami.

“Aku dah rujuk,”

“Alhamdullilah selesai buat hari ini, terima kasih la banyak-banyak netizen yang sentiasa DM Anju dan Yas memberi moral support serta sentiasa mendoakan kami berdua… Allah sahaja yang boleh membalas jasa-jasa anda. I love u guys,” tulis Zarina.

Januari lalu, Zarina mendedahkan dia dan suami sudah memfailkan perceraian.

Untuk rekod, Zarina dan Eilyas mendirikan rumah tangga pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.