Anak nekad bakar kubur arwah bapa kerana tak puas hati wasiat yang ditinggalkan

GARA-gara tidak berpuas hati terhadap wasiat yang ditinggalkan, seorang pemuda nekad membakar kubur arwah bapanya sendiri.

Kejadian yang mengejutkan ramai pihak itu menjadi bualan ramai apabila tular video kejadian di laman sosial sekitar Indonesia.

Dia dilihat turun daripada kenderaan dengan membawa sebuah tong yang dipercayai berisi minyak tanah dan terus menuju ke arah kawasan tanah perkuburan, lapor Kosmo.

Dia kemudian bertindak menyiram kawasan itu dengan minyak tersebut dan mula menyalakan api.

Lebih mengejutkan, dia juga bertindak ganas dengan memecahkan batu nisan kubur ayahnya.

Sumber menyatakan lelaki itu sudah beberapa kali cuba membakar kubur bapanya itu sebelum ini.

Bagaimanapun cubaannya berjaya dihalang orang kampung.

“Anak arwah dikhabarkan marah dengan wasiat yang ditinggalkan bapanya kerana berasakan ia tidak adil,” jelas sumber berkenaan.

Sumber: Kosmo