PENGGUNA laman sosial di Indonesia dikejutkan dengan satu rakaman memaparkan seorang wanita yang mendakwa menemui seketul daging menyerupai ekor tikus dalam mangkuk berisi bakso yang dinikmatinya.
Video itu pada awalnya dimuat naik melalui akaun Instagram @leogirl631 dan tersebar luas selepas itu, lapor Kosmo
Bakso itu dihidangkan di atas sebuah mangkuk plastik berwarna jingga.
Pelanggan itu kemudian berhenti makan apabila melihat ketulan daging berbentuk seperti ekor tikus.
Dia turut menunjukkan usaha memotong kepingan daging tersebut gagal kerana teksturnya yang kenyal seperti ekor haiwan.
Bagaimanapun, tidak dijelaskan sama ada ketulan daging itu benar-benar ekor haiwan atau tidak.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen yang terkejut dengan kejadian itu.
“Kalau harga ayam atau daging mahal, harga bakso boleh dinaikkan. Jangan menipu guna daging tikus,’’ tulis seorang netizen.
“Kalau boleh beritahu siapa yang menjualnya dan di mana biar cepat diselesaikan. Kesannya berlaku keatas peniaga bakso lain. Semoga isu ini tidak terlepas dalam kalangan masyarakat,’’ tambah seorang lagi netizen.
Sumber: Kosmo