[Video] Filem Pendek SMK Panchor Menang Anugerah Di Jepun. Hebat!

Baru-baru ini filem pendek SMK Panchor, Negeri Sembilan telah memenangi anugerah khas di Jepun. Filem pendek yang bertajuk ‘Mirror’ itu telah mewakili Malaysia dan menerima anugerah khas mengalahkan 70 filem pendek lain.

Satu pencapaian yang cukup membanggakan! Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, filem pendek tersebut menyertai Asian International Children’s Film Festival yang berlangsung pada 10 Disember 2019 di Osaka, Jepun.

Difahamkan sebanyak 70 filem pendek dipertandingkan dari 15 buah negara Asia. Filem pendek Mirror ini telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas ‘Minister of Foreign Affairs Awards 2019’.

Filem pendek Mirror ini mengisahkan tentang Muhammad Faiz dan Muhammad Aiman Haiqal yang duduk bersebelahan di dalam kelas. Muhammad Faiz seringkali mendapat keputusan peperiksaan cemerlang manakala Muhammad Aiman sebaliknya.

Biarpun begitu Muhammad Aiman seringkali dibuli oleh Muhammad Faiz. Tanpa menyedari selama ini Muhammad Aiman banyak membuat kebaikan kepadanya. Namun begitu, pada suatu hari keputusan Muhammad Faiz merundum teruk membuatkan dia tertanya-tanya apakah sebabnya terjadi sedemikian.

Selepas bertemu guru mereka, Muhammad Faiz diminta untuk melihat cermin sambil mengenangkan kembali adakah dia pernah berbuat jahat kepada orang lain.

Tonton video penuh filem pendek ‘Mirror’ ini yang banyak pengajaran di dalamnya:

 

Filem Pendek – Mirror dari SMK Panchor

FILEM PENDEK BERJUDUL 'MIRROR' TERBITAN SMK PANCHOR TERIMA ANUGERAH KHAS DI ASIAN INTERNATIONAL CHILDREN'S FILM FESTIVAL, OSAKA, JEPUNAsian International Children's Film Festival yang berlangsung di Osaka melabuhkan tirai pada 10 Disember 2019. Sebanyak lebih daripada 70 filem pendek yang dipertandingkan dari 15 buah negara Asia. Keputusannya Malaysia yang diwakili oleh SMK Panchor, Negeri Sembilan telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas, 'Minister of Foreign Affairs Award 2019' (Tangga Tiga Teratas dari 70 buah filem yang dipertandingkan).Kejayaan luarbiasa! Syabas dan tahniah murid-murid dan guru-guru di SMK Panchor! Sekolah MALAYSIA ?? dimata DUNIA!Saksikan…

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Saturday, 14 December 2019