Home Viral Filem Pendek SMK Panchor Menang Anugerah Di Jepun. Hebat!

[Video] Filem Pendek SMK Panchor Menang Anugerah Di Jepun. Hebat!

Baru-baru ini filem pendek SMK Panchor, Negeri Sembilan telah memenangi anugerah khas di Jepun. Filem pendek yang bertajuk ‘Mirror’ itu telah mewakili Malaysia dan menerima anugerah khas mengalahkan 70 filem pendek lain.

Satu pencapaian yang cukup membanggakan! Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, filem pendek tersebut menyertai Asian International Children’s Film Festival yang berlangsung pada 10 Disember 2019 di Osaka, Jepun.

Difahamkan sebanyak 70 filem pendek dipertandingkan dari 15 buah negara Asia. Filem pendek Mirror ini telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas ‘Minister of Foreign Affairs Awards 2019’.

Filem pendek Mirror ini mengisahkan tentang Muhammad Faiz dan Muhammad Aiman Haiqal yang duduk bersebelahan di dalam kelas. Muhammad Faiz seringkali mendapat keputusan peperiksaan cemerlang manakala Muhammad Aiman sebaliknya.

Biarpun begitu Muhammad Aiman seringkali dibuli oleh Muhammad Faiz. Tanpa menyedari selama ini Muhammad Aiman banyak membuat kebaikan kepadanya. Namun begitu, pada suatu hari keputusan Muhammad Faiz merundum teruk membuatkan dia tertanya-tanya apakah sebabnya terjadi sedemikian.

Selepas bertemu guru mereka, Muhammad Faiz diminta untuk melihat cermin sambil mengenangkan kembali adakah dia pernah berbuat jahat kepada orang lain.

Tonton video penuh filem pendek ‘Mirror’ ini yang banyak pengajaran di dalamnya:

 
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
 
Exit mobile version