Ayah maut, anak cedera parah akibat dirempuh pemandu disyaki mabuk

Mohd Hezle Mohd Helen (kiri) maut, manakala anak lelakinya cedera selepas kereta Honda City dirempuh sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Klang Lama, Kampung Lindungan. - Sumber Foto NSTP

 

Seorang pemandu yang disyaki mabuk merempuh sebuah kederaan yang dinaiki dua beranak di jalan Klang Lama semalam.

Akibat kemalangan itu Mohd Hezle Mohd Helan, 44, maut manakala anaknya berusia sembilan tahun parah.

Menerusi laporan Berita Harian, Allahyarham yang juga penerbit sambilan yang baru pulang dari Filipina selepas terbabit membuat liputan Sukan SEA 2019 di negara itu.

Sementara itu abang Allahyarham memberitahu kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki disyaki mabuk itu hilang kawalan sehingga masuk ke laluan bertentangan dan mengakibatkan kereta adiknya turut terbakar.

“Adik saya meninggal dunia di lokasi, anaknya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Jenazah akan dibawa ke Kelana Jaya dan mungkin dikebumikan di Kota Damansara. Anak arwah pula masih dirawat dan doktor akan membuat pembedahan bagi kecederaan pada paha kanannya,” katanya.