Michael Ang diminta bayar RM500,000 kerana langgar kontrak

Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE

Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang, diminta membayar semula RM500,000 kepada Armani Entertainment Sdn Bhd kerana didakwa gagal menunaikan perjanjian yang dimeterai tiga tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Armani Entertainment, Datuk KK Chua, menyatakan bahawa dalam dua kontrak, Michael dijanjikan akan memasukkan artis di bawah syarikat itu dalam dua program realiti televisyen dan menjadikan mereka pelakon utama serta pelakon pembantu dalam drama terbitannya.

Armani Entertainment telah membayar RM250,000 tunai dan RM250,000 lagi melalui kos renovasi rumah Michael di Desa Park, Kuala Lumpur. Namun, Michael hanya melaksanakan tiga tugas dalam kontrak tersebut. Perjanjian ini ditandatangani pada 1 Oktober 2021, tetapi sehingga kini, Michael belum memenuhi tanggungjawabnya.

Setelah kontrak pertama gagal dipenuhi, Michael menandatangani perjanjian kedua pada 2 September 2022, tetapi masih gagal melaksanakan tanggungjawabnya. Armani Entertainment kini memfailkan saman terhadap Michael. Sebutan kes pertama akan diadakan pada 5 Ogos di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.