Kurang 24 jam lahir, anak bongsu Aliff Syukri kini ada 16 ribu pengikut di Instagram

Baru sahaja dilahirkan semalam nampaknya anak bongsu kepada Jutawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida bakal menjadi sepopular kedua orang tuanya apabila akaun Instagram khas buat bayi ini sudah mempunyai hampir 16 ribu pengikut dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Menggunakan nama @anakbongsuterlajaklaris buat masa ini akaun itu hanya mempunyai satu perkongsian dan diletakkan dibawah mood privasi.

Sementara itu Aliff melahirkan rasa syukur apabila isterinya, selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka.

Walaupun Aliff mahupun Shahida masih belum mengumumkan jantina anak kelima mereka itu namun bayi yang dilahirkan pada jam 5.30 petang di sebuah hospital swasta ini dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah semua selamat bersalin petang tadi.

“Dr ni sambut Yusof dan juga baby yang baru lahir tadi. Terima kasih mudahan Dr sihat selalu,” tulisnya sebagai kapsyen.

“Terima kasih Datin Dr @suesalleh1970.. Dr yang bantu rawat dan bantu isteri saya sepanjang proses mengandung dan juga bersalin tadi,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Sementara itu Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.