Tiga bulan berada di Zhengzhou China, pensyarah ini kongsi sikap pengotor pelajar yang menyebabkan dia terpaksa berulang alik 8 KM ke rumah setiap kali mahu menggunakan tandas

Berpeluang bekerja di luar negara tentu sahaja menjadi idaman sesiapa sahaja. Namun lain pula ceritanya dengan M Hafiz Ostmann yang berkongsi pengalamannya sebagai tenaga pengajar di sebuah Universiti di China beberapa tahun lalu.

Jelas Hafiz dia berada di Universiti Zhengzhou untuk mengajar bahasa Jerman buat pelajar di situ. Namun apa yang menganggunya adalah tahap kebersihan penduduk dikawasan itu yang dikatakan sangat pengotor.

Menjelaskan keadaan tandas universiti itu secara terperinci jelas Hafiz dia sendiri terpaksa pulang ke rumah yang jauhnya lapan kilometer setiap kali mahu menggunakan tandas memandangkan terlalu geli .

Tidak sekadar najis antara yang turut dikongsi Hafiz bagaimana tuala wanita juga turut dicampak ke satu lokasi yang sama dengan sampah lain sehingga menyebabkan darah haid itu boleh dilihat.

Antara pengalaman yang mungkin menggelikan hati juga, Hafiz memberitahu sikap pelajarnya juga yang tidak mencukur bulu ketiak sedikit sebanyak turut menganggunya. Tidak sekadar pelajar lelaki tambahnya pelajar perempuan di universiti itu turut sama. Selain itu antara sikap pengotor lain yang turut dikongsinya bagaimana selamba pelajar-pelajar ini mengorek hidung tanpa rasa segan dihadapanya.

Jelasnya sewaktu pulang ke Malaysia selepas menghabiskan tiga bulan sebagai tenaga pengajar di sana menyebabkan dia jatuh sakit selain berada di hospital selama empat hari.

Ternyata pengalaman jujur seperti ini sedikit sebanyak membuka mata kita tentang budaya orang di luar negara. Bagaimanapun bayangkan jika orang-orang sebegini membawa budaya itu ke negara kita tanpa menghiraukan budaya orang tempatan.

Perkongsian Facebook M Hafiz Ostmann

TALI KAPAL – Virus Wuhan ke, virus Corona ke, Virus Corolla Altis ke, sikit pun aku tak heran, sebab memang layaklah…

Posted by M Hafiz Ostmann on Sunday, January 26, 2020

TALI KAPAL – Virus Wuhan ke, virus Corona ke, Virus Corolla Altis ke, sikit pun aku tak heran, sebab memang layaklah depa kena penyakit pelik² ni. Pengalaman aku berada selama 3 bulan mengajar bahasa Jerman di Universiti Zhengzhou, Provinsi Henan di China cukup menunjukkan betapa pengotornya depa ni.

Tandas awam di Universiti Zhengzhou amatlah kotornya. Tahi bersepah² atas lantai. Air memang takde. Semua tingkat daripada tingkat 1 sampai tingkat 6 semuanya kotor penuh najis. Aku tiap² hari terpaksa berkayuh basikal semata² nak buang air di apartmen aku 8km jaraknya pergi balik. Naya betul. Tandas kotor ya amat². Boleh terbau dari jarak 2 marhalah. Sisa “uranium plutonium” tu ada di mana² saja. Rasa macam nak pakai topeng muka di loji nuklear Chernobyl tu. Rasa geli sebab terpaksa menyedut udara tercemar.

Lepas tu tong sampah semua main campak saja. Situlah sisa makanan. Situlah kertas. Situlah juga tuala haid wanita tu. Boleh nampak kot darah haid tu kat situ. Ngeri woi. Aku nengok sendiri. Jijik. Tapi tu la sekor pun dalam kelas tu baik laki baik pempuan sama² naik, sama johan, sikit pun tak rasa jijik atau kotor tengok benda² gitu. Masuk tandas macam hidung tu dah kebal tak rasa apa². Sajanya yang pelik.

Kalau ke shopping mall di Zhengzhou tu aku terpaksa pergi ke tingkat 8 ke atas. Sebabnya kawasan tu kurang orang datang. Jadi itulah yang agak bersih. Aku rasa tahap kebersihan tandas dia ni ibaratnya macam tandas di UKM yang paling kotor jadi tandas yang paling bersih di Zhengzhou. Serius. Aku 3 bulan memerhati saja. Dalam pesawat pun sama kotor. Hancing sesaja. Kuat pulak tu baunya.

Lepas tu kalau dalam kelas aku rasa nak termuntah bila sesi soal jawab. Sebabnya bila sesi soal jawab depa masing² angkat tangan. Maka terserlahlah bulu ketiak masing² yang panjang 2-3 depa mengalahkan berus lukisan nak buat lukisan abstrak, Jackson Pollock. Dah la gitu tak mandi pulak. Depa punya bulu ketiak ni bersaing² laki dan pempuan, masing² tak nak kalah..panjang² belaka sampai boleh dipintal jadi tali kapal. Ngeri kot.

Lupa nak sebut satu lagi. Depa ni suka korek hidung depan². Takde rasa segan silu. Dia melombong tu satu macam. Kita nengok rasa jijik. Siap gentel² lagi. Lepas tu datang kat aku nak mintak tandakan kerja rumah. Geli aku. Aku malas nak tanda. Suruh depa tanda sendiri. Pengotor nak mampus.

Dan tak lupa jugak depa ni suka meludah merata². Dalam bas dia boleh meludah, kat lantai bas tu penuh kesan² ludah, ada air liur, kahak kuning hijau semua ada. Entah apa hukumnya tu, aku kira lumpsum la hukumnya Najis Mughallazah sebab perangai pun serupa Mughallazah. Kalau budak² kecik di Zhengzhou tu baya² setahun dua tu memang dibiarkan dek mak bapaknya kencing berak merata. Seluar budak² tu memang siap berlubang di tengah² supaya boleh berak kat mana².

Aku balik saja dari China terus aku jatuh sakit. Aku kena demam panas mengejut. Aku kena influenza. Kena tahan ward 4 hari tak pasal² kena bil RM6k. Nasib baik aku ada insuran. Kelenjar dekat paha aku membengkak hampir sebesar bola golf. Sakit. Aku menahan sakit menggigil² sejak dalam pesawat lagi. Nasib aku balik dari Guangzhou ke KL naik Malaysia Airlines. Pramugari baik². Bagi aku Panadol. Dapat makan sedap². Lagi satu naik China Southern Airlines pramugari tak mahir bahasa Inggeris. Tandas kotor. Makanan tak sedap. Ada ke patut dibaginya pisang muda. Taubat lahum takkan ku jeru lagi dah.

Most Popular

Faizal Azumu bakal jadi TPM?

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan seolah-olah bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi...

Tiada lagi kes baru, gangguan ketukan pintu misteri berakhir

Selepas 18 hari menghantui penduduk di daerah ini, misteri gangguan ketukan pintu rumah pada waktu malam berakhir apabila tiada lagi kes terbaharu dilaporkan berlaku. Ketua...

Bertabahla warga Selangor, PKPB dilanjut sehingga 20 Disember

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur dan Selangor yang dijadualkan tamat pada Ahad, dilanjutkan 14 hari lagi, sehingga 20 Disember ini. Menteri Kanan...

Faizal Azumu kini Menteri Besar Perak sementara

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau kini kekal menjadi Menteri Besar Perak namun ia dibawah kerajaan sementara sehingga rombakan baru...