Bini baru “mengamuk” di IG, PU Abu buat hal lagi?

Sama ada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sekali lagi curang dengan isteri terbaharunya, Hana Azraa masih lagi menjadi tanda tanya netizen. Namun perkongsian Hana semalam di laman Instagram miliknya mencetuskan pelbagai tanda tanya berkaitan rumah tangga mereka.

Memuatnaik gambar seorang wanita dengan dakwaan sebagai kekasih baharu suaminya. Ternyata apa yang dikongsikan Hana itu mewujudkan spekulasi tentang hubunganya dengan PU Abu ketika ini.

Sementara apa yang dikongsikan Hana itu nampaknya tidak menimbulkan rasa kasihan dikalangan pengikutnya apabila kebanyakkan komen yang ditinggalkan menjelaskan cara Hana itu hanya akan mengeruhkan keadaan.

“Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher,” tulisnya.

Sementara itu menjenguk IG milik
PU Abu pula, rata-rata pengikut pula turut meminta PU Abu untuk bersabar selain menjelaskan tindakkan Hana itu hanya mengaibkan suami sendiri.

Sementara itu kisah kecurangan PU Abu sebelum ini mendapat perhatian ramai. Menceraikan isteri pertamanya selepas bernikah dengan Hana, PU Abu ketika itu menjadi antara topik paling hangat.

Melalui perkahwinan pertamanya PU Abu dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.