Bintang bola keranjang dunia, Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter

Bintang NBA, Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna Bryant, merupakan antara Sembilan individu disahkan maut dalam nahas helikopter di Los Angeles semalam.

Melalui kenyataan Sherif Los Angeles, Alex Villanueva berkata, lapan penumpang dan seorang juruterbang maut dalam tragedi itu.

“Tiada siapa yang terselamat. Helikopter itu membawa sembilan individu iaitu lapan penumpang dan seorang juruterbang,” katanya.

Laporan awal menyebut, pesawat terbabit dinaiki lima individu apabila ia terhempas akibat cuaca buruk di Calabasas, pinggir Los Angeles.

Sementara itu Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti ketika mengesahkan nahas itu berkata, seluruh bandar bersedih dengan insiden tidak diduga itu yang meragut nyawa Bryant, ikon NBA .

Bryant dan Gianna dilaporkan dalam penerbangan ke sebuah perlawanan yang turut disertai remaja berkenaan apabila pesawat terbabit terhempas.

Most Popular