Terlalu rindu, lelaki nekad gali semula kubur isteri

SEORANG lelaki bertindak nekad dengan menggali semula kubur Allahyarham isterinya yang telah meninggal dunia sebulan lalu.

Melalui rakaman yang tular di laman sosial, lelaki tersebutdikatakan bertindak demikian kerana terlalu rindu akan isterinya.

Dia yang berasal dari Ponorogo, Jawa Timur dipercayai masih tidak dapat menerima hakikat bahawa isteri yang dikasihi telah tiada.

“Rindu terhadap isteri yang sudah meninggal dunia sehingga nekad menggali kubur,” tulis keterangan dalam video tersebut.

Tindakan lelaki itu bagaimanapun dapat dihalang oleh penduduk setempat dan pihak polis.

Menerusi laporan berita tempatan pula, lelaki tersebut dikatakan pernah melakukan perkara sama pada hari ketujuh pemergian isterinya.

Malah dia dilaporkan mengalami gangguan mental sejak kecil dan pernah mengakui menerima bisikan ghaib menyuruhnya menggali kubur isterinya.

Lelaki berkenaan juga  dilaporkan mengalami gangguan mental sejak kecil dan dia mengakui menerima bisikan ghaib menyuruhnya melakukan perkara demikian.