Gagal jawab peperiksaan, murid tinggalkan mesej biadab di kertas soalan

SEORANG guru tergamam apabila menerima mesej yang boleh dikatakan agak biadap oleh seorang murid Tingkatan 3 yang ditinggalkan di ruangan kertas soalan peperiksaan.

Menurut perkongsian seorang guru, Nurzuhaili Shamsudin, telah memaparkan gambar jawapan murid berkenaan yang dikatakan gagal menjawab soalan karangan Bahasa Inggeris.

Malah tindakan murid itu juga seolah-olah tidak menghiraukan soalan peperiksaan tersebut selain turut memperlekehkan kertas peperiksaan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut berkongsikan beberapa lagi murid lain yang juga -gagal menjawab soalan tersebut namun hanya meninggalkan ruangan kosong.

Seperti biasa, perkara seumpama ini tidak sah jika ia tidak mendapat perhatian netizen yang sememangnya mengecam tindakan murid itu.

Selain itu, terdapat juga netizen yang beranggapan, ia merupakan kesan terhadap murid yang sekian lama tidak hadir ke sekolah sebaliknya hanya mengikuti proses PDPR di rumah.