“Terima kasih pemandu Triton!” – Netizen tersentuh ada yang sudi bantu abang ambulans

SEBELUM ini, sudah banyak cerita atau rakaman yang menunjukkan ambulans terpaksa berhadapan dengan pemandu yang tidak beretika dengan menghimpit rapat dari belakang atau menghalang laluan di hadapan.

Kali ini, lain pula bagi pengguna tiktok yang bekerja sebagai pekerja barisan hadapan @papamayya dia berkongsi sebuah rakaman video memaparkan kenderaan empat roda Mitsubishi Triton membantunya membuka jalan bagi memudahkannya sampai ke lokasi.

Video berdurasi 50 saat itu telah mendapat lebih 155 ribu tontonan dan di ruangan komen ramai yang memuji tindakan pemandu Triton berkenaan.

Dalam pada itu, ada juga diantara mereka yang baru mengetahui bahawa selain mempunyai siren pada sebuah van ambulans, ia turut dilengkapi dengan pembesar suara untuk membuat pengumuman.