Ketua balai polis letak jawatan selepas curi tisu tandas

KETUA Balai Polis Fukaya di Jepun meletakkan jawatan selepas didakwa mencuri tisu dari tandas pasar raya bulan lalu.

Takashi Tanaka, 60, didakwa mencuri lima gulung tisu tandas bernilai sekitar 170 yen (RM6.40) dari tandas sebuah pusat membeli-belah berhampiran Stesen JR Konosu pada 29 Mei, 8 malam.

Menurut TBS News, polis menyatakan kejadian berlaku ketika Tanaka pulang ke kediaman rasminya di bandar Konosu selepas minum di tempat letak kereta di sebuah kedai runcit, lapor TBS News.

“Saya menghidap penyakit kronik. Selepas minum, saya bimbang bila saya akan pulang”, kata Tanaka.

Menurutnya lagi, “Jadi saya curi tisu tandas itu untuk kegunaan sendiri”.

Penyiasat menggeledah kediaman Tanaka dan menjumpai 13 gulung tisu dari tandas pusat beli-belah berkenaan.

Tanaka dikenakan hukuman pemotongan gaji selama satu bulan, namun dia memilih untuk melepaskan jawatan pada hari sama.

“Saya minta maaf atas pengkhianatan kepercayaan ini,” kata Tanaka lagi ketika mengumumkan pelatakan jawatannya.

Polis dalam pada itu merancang untuk membawa kes Tanaka kepada pendakwa raya.