Penonton Panik, ‘Alarm’ Panggung Wayang Berbunyi Angkara Asap Vape

TINDAKAN seorang lelaki yang menghisap vape di dalam panggung wayang mengundang kemarahan ramai yang menyifatkan perbuatan itu tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian video tular di Twitter, tindakan individu tersebut telah menyebabkan situasi di panggung wayang tersebut bertukar panik selepas penggera keselamatannya berbunyi.

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi kejadian itu berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mempersoalkan tindakan lelaki tersebut dan menekankan bahawa panggung wayang merupakan kawasan larangan merokok.

“Kadang-kadang, pelik tengok orang yang jenis menghisap ni, tak boleh ke nak tahan sekejap? Simpan dulu nanti selesai semua hisaplah,” komen seorang netizen.

“Apa yang kemaruk sangat sampai kena hisap 24 jam ‘vape’ tu? Padan lah daripada sihat walafiat sibuk gatal tangan nak cuba, sekarang dah ketagih. Bila dah ketagih, menyusahkan orang,” tambah seorang lagi pengguna Twitter.

Menurut ciapan yang sama, tindak tanduk lelaki tersebut berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV). Dia juga telah ditangkap oleh pihak pengurusan panggung wayang tersebut. 

Sumber gambar & laporan – Kosmo Digital