Penghantar makanan prihatin sentuh hati masyarakat, bakal dapat tips lebih RM16,000!

SEORANG pemandu penghantaran makanan di Amerika Syarikat menyentuh hati pelanggannya serta pengguna laman TikTok dengan keprihatinan yang ditunjukkan.

Melalui perkongsian pelanggannya di laman sosial berkenaan, penghantar Uber Eats yang dikenali sebagai Donald Antony Jackson itu telah menyentuh hati Tracy Ramirez apabila menghantar makanan dengan sikap terpuji malah turut menghadiahkan beg cenderahati serta sajak tulisan tangan.

Ramirez yang terkejut dengan kebaikan Donald menganggap perbuatan itu sungguh luar biasa dan memberi makna yang besar.

Justeru, dia turut berkongsi video serta gambar perbuatan Donald dan cenderahati berisi gula-gula dan pelitup muka yang diberikan.

@traceyhairstyles

#Helpmefindhim to thank him! I want him to know his actions are appreciated 🥺 Tik Tok do your thing! #tiktokviral #dallastx

♬ Surrender – Natalie Taylor
Video perkongsian Ramirez.


Ramirez turut berkongsi perbualannya bersama operator syarikat tersebut untuk mendapatkan maklumat penuh Donald, namun hampa dengan jawapan yang diberikan.

Bagaimanapun dia berjaya mengesan Ramirez hasil bantuan pengguna laman TikTok

Lebih manis, dia telah berjaya mengumpul dana lebih AS$4,000 (RM16,734) daripada orang ramai untukdiserahkan kepada Donald.

Melalui perkongsian terbaharu Ramirez, dia bakal bertemu Donald pada malam Jumaat ini bagi menyampaikan kutipan dana tersebut.