“Otak letak kat Ko*e!” – Netizen geram lelaki reti buat anak sampai 28 orang tapi abai kebajikan

MENGEJUTKAN apabila satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang bercerita tentang sebuah keluarga yang mempunyai 28 orang anak. Difahamkan 28 orang anak itu hasil daripada perkahwinan seorang lelaki dengan 4 orang isteri dan kini isteri keempat sedang mengandung lagi.

Menurut perkongsian pengguna bernama Nurul Ima itu, mereka menyewa 2 rumah apartment yang kecil. 1 rumah hanya ada 2 bilik sahaja dan 1 bilik didiami oleh seorang isteri. Selain itu dia juga turut mempersoalkan di mana 28 anak yang lain tidur? Kata bapanya anak-anak perempuan akan tidur di bilik manakala yang lain bergelimpangan di mana-mana ruang asalkan di bawah bumbung.

Dalam pada itu, apa yang lebih mengejutkan adalah kesemua anak-anak ini tidak bersekolah. Kata bapa mereka, mereka tidak berminat untuk ke sekolah kerana mereka mempunyai minda usahawan. Kalau pergi sekolah mereka akan keluar dari kelas. “Umpama burung, tak suka terkurung”, ujarnya.

Pihaknya juga menawarkan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah tahfiz yang berada di kawasan berdekatan, bapa itu  dengan keras menolak tawaran tersebut kerana sungguh-sungguh berkata dia ingin menghantar anak-anaknya yang ‘cerdik’ ke sekolah pondok yang terbaik di Malaysia yang terletak di Kelantan.

Visi dan impian sudah ada namun apabila ditanya apa tindakan yang dia ambil untuk memastikan anak-anaknya ke sekolah tersebut, dia palingkan topik itu kepada isterinya pula, “nantilah tunggu isteri saya daftarkan…”.

Kisah ini dikongsikan kembali oleh seorang pengguna di Twitter Nabil Fikran yang berang dengan sikap lelaki ini yang sepertinya tidak bertanggungjawab.

Di ruangan komen, ramai yang kasihan dengan nasib anak-anak yang tidak terbela ini. Bukan sahaja hidup susah, tetapi tiada pendidikan diberikan buat mereka. Ada juga yang meluahkan rasa berang dengan sikap ayah kepada 28 orang anak ini yang seakan mengambil ringan tentang hak kanak-kanak.

Sehubungan itu, Nurul Ima juga memohon agar ada pihak yang boleh membantu keluarga ini kerana bukan sahaja pendidikan mereka terabai. Malah, persekitaran kehidupan juga tidak memberangsangkan.