Song Joong Ki mohon maaf mengenai kontroversi iklan produk China

SEBUAH drama Korea Selatan yang sedang hangat ditayangkan di Netflix berjudul “Vincenzo” kini berjaya meraih tontonan luar biasa.

Namun, drama yang dibintangi oleh Song Joong Ki itu mengundang kontroversi selepas Chinese Product Placement (PPL) ditampilkan dalam episod ke-8.

Terdapat babak dimana bekas makanan bibimbap itu menunjukkan ia adalah produk tempatan China yang merupakan kolaborasi jenama Korea Chung Jungwon dan China Zhi Guo.

Hal tersebut telah menjadi perbualan hangat dan ramai warganegara Korea Selatan tidak berpuas hati dan mengkritik K-Drama tersebut gara-gara mereka masih tidak boleh menerima dengan warganegara China yang mendakwa atau “claimed” bahawa budaya tradisional Korea seperti kimchi dan hanbok berasal dari negara mereka.

Disebabkan itu, ramai orang Korea berpendapat mana-mana industri drama dan perfileman juga tidak patut mengiklankan mana-mana produk PPL yang berasal atau kerjasama bersama negara China.

Sebelumnya, drama tvN lain “True Beauty” juga sempat dikritik kerana PPL berlebihan dalam memasarkan produk PPL namun pihak produksi menjelaskan mereka memerlukan dana dan kos produksi yang semakin meningkat. Jadi, mereka mengambil jalan penyelesaian dengan membawa produk China dalam drama di beberapa babak.

Walau bagaimanapun, dalam sebuah temu bual mengenai pengakhiran drama “Vincenzo”, Song Joong Ki telah membuat permohonan maaf secara peribadi mengenai iklan produk China dalam babaknya.

Menurutnya, kontroversi tersebut juga menjadi perhatian serius dalam kalangan pelakon lain yang turut menjayakan drama tersebut.

Katanya, “Bukan hanya pelakon utama yang memperhatikan produk tersebut. Hal tersebut juga menjadi perbualan hangat di antara kami para pelakon untuk membahas tentang isu itu”.

“Drama kami memiliki kontroversi, jadi kami fokus untuk menciptakan kesempurnaan dalam drama”, jelas Song Joong Ki dan akhirnya meminta maaf secara peribadi kerana telah membuat banyak pihak kurang senang dengan hal itu.

Ungkap bekas suami Song Hye Kyo itu juga, “Aku yakin ramai orang yang kecewa kerana kontroversi PPL tersebut. Oleh itu, sebagai pelakon utama saya perlu meminta maaf”.

Sementelahan, ramai warganet turut memuji keberanian Song Joong Ki untuk tampil minta maaf kerana isu tersebut merupakan hal yang sangat sensitif bagi masyarakat di Korea Selatan.