“Luar flat, dalam macam hotel” – Flat Pandan Utama tarik perhatian, lobi lif dihias macam hotel

SEBUT sahaja rumah flat, pasti ada yang berfikiran tentang keadaan sekitar yang tidak selesa dan tahan kebersihan yang tidak memuaskan.

Namun tanggapan itu tidak seharusnya bersifat ‘pukul rata’ kepada semua unit rumah flat.

Malahan, wujud komuniti permuhahan demikian yang berjaya menepis tanggapan negatif tentang rumah flat dengan menghias kawasan pejalan kaki dengan cara tersendiri.

Menerusi perkongsian video seorang pengguna TikTok, @nabilbsorleehe28 beberapa hari lalu, warga maya nyata terkejut dengan keindahan sebuah flat yang terletak di ibu kota apabila ia dihias dengan baik sekaligus menimbulkan rasa seakan berada di kawasan hotel

Video perkongsian Nabil yang menarik perhatian ramai.

“Luar flat, dalam hotel.

“Luar tak lawa. Dalam, fuhh kalah hotel,” tulis Nabil.

Dalam paparan tersebut, Nabil yang dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan menunjukkan ruang siar lobi beberapa tingkat flat tersebut yang dihias dengan menarik.

Setiap tingkat Flat Pandan Utama juga dihias dengan tema berbeza.

Rata-rata netizen juga teruja dengan tahap kebersihan dan keindahan yang diterapkan.

Antara komen mereka yang terpukau dengan hiasan lif flat berkenaan.

“Kan bagus kalau semua flat macam ni. Baru orang pandang flat dengan penuh hormat,” tulis Hairul Hafis.

“Nampak komuniti flat ni aktif,” tulis Zira Zaini.

“Baru betul penduduk Malaysia, jaga kebersihan dan kecantikan. Terbaik,” tulis noreplay27.

Setakat ini, video perkongsian Nabil telah mendapat lebih 600,000 kali tontonan.