Lelaki ini ceraikan isterinya beberapa saat selepas akad nikah, serta merta kena belasah dengan keluarga pengantin perempuan!

BUAT hal! Seorang pengantin lelaki menjadi “lauk kenduri” apabila dibelasah oleh keluarga pengantin perempuan selepas menceraikan isterinya sebaik sahaja diijab kabul.

Beberapa klip video kejadian yang mengejutkan orang ramai itu juga tular di laman media sosial Indonesia.

Rakaman itu diberi judul ‘Pemuda di Bima ceraikan isteri beberapa minit selepas ijab kabul, keluarga pengantin perempuan terus mengamuk.’

Dalam klip video itu, kelihatan si suami enggan menandatangani surat nikah selepas ijab kabul selesai. Sejurus itu dia terus berdiri dan melafazkan talak kepada isterinya.

Insiden itu juga menyebabkan keluarga pengantin lelaki naik berang dan menyerang pengantin lelaki. Malah, keluarga kedua-dua pengantin turut bergaduh sesama sendiri.

Perbuatan pemuda tersebut menyebabkan keluarga pengantin perempuan hampir pitam. 

Menerusi keterangan yang disertakan bersama rakaman itu menjelaskan lelaki tersebut menikahi gadis yang sedang berbadan dua, namun enggan bertanggungjawab. 

Lelaki itu tetap hadir dalam majlis pernikahan itu dan menjalankan ijab kabul. Namun, dia terus menceraikan isterinya kerana dipercayai diselubungi  perasaan kecewa.

“Hari ini, aku talak Yati,” katanya dalam bahasa Bima.

Beberapa individu juga dilihat menjerit kerana terkejut akan tindakan lelaki tersebut.

Insiden dipercayai berlaku di Sumbawa, Kepulauan Sunda Kecil, manakala pengantin lelaki dikatakan berasal dari Kampung Kalampa dalam Kecamatan Woha.

Sumber: Kosmo