Ingatkan Ikan Bilis, Rupanya Bangkai Cicak Dalam Sambal Nasi Lemak

SELERA seorang gadis untuk menikmati sebungkus nasi lemak bertukar loya apabila objek yang disangka ikan bilis, rupa-rupanya bangkai cicak.

Fatihahh menerusi akaun TikTok miliknya berkongsi video menunjukkan dia sedang menguis ‘sambal’ tersebut menggunakan sudu.

“Berniaga boleh tak jangan pengotor sangat? Pengotor tahap apa cicak sebesar alam boleh ada dalam nasi lemak.

“Hilang selera makan aku,” tulisnya menerusi kapsyen.

Pengguna lain turut menyifatkan kejadian itu sungguh menggelikan, malah ada yang berkongsi pengalaman hampir serupa.

“Ya Allah kalau aku menangis dah ni,” kata Ezatizazrin.

“Sedap ni aku dah rasa dulu. Dah makan sebungkus nak makan lagi satu, keluar kepala cicak hancur,” kongsi One.

“Saya pernah membeli nasi lemak daun pisang yang sudah siap balut. Dah makan baru perasan ada tahi burung pada daun pisang di belah belakang,” ujar Nurul.

Perkongsian itu menerima hampir 700,000 jumlah tontotan dan lebih 3,000 komen sejak ia dikongsi semalam.

Sumber gambar & laporan – Kosmo! Online