SEBUAH video memaparkan sepasang kekasih sedang leka bercumbu ketika mereka menaiki sebuah motosikal di jalan raya tular di lama sosial.
Lebih mengejutkan, kedua-dua individu tidak memakai keledar biarpun mereka berada di sebatang jalan yang sibuk dengan pelbagai kenderaan.
Kejadian itu dikatakan berlaku di daerah Bulukumba, dalam wilayah Sulawesi Selatan.
Berdasarkan rakaman, seorang penunggang lelaki dilihat menaiki motosikal dengan dibonceng oleh seorang wanita di belakangnya.
Lelaki itu sesekali menoleh ke belakang untuk mencium wanita tersebut.
Menurut Ketua Polis Trafik Bulukumba, AKP Andika, pihaknya sedang mengesan pasangan kekasih tersebut kerana didapati melakukan kesalahan.
Kesalahan paling utama adalah kerana mereka tidak memakai topi keledar, katanya.
Kesalahan berkenaan tindakan mencium ketika menunggang motosikal akan diserahkan kepada polis Bulukumba, tambah beliau.
Mereka dilaporkan menyerah diri setelah video tersebut tular.
Sumber: Kosmo