Dikecam netizen termasuk dipermainkan rupa paras, Baa jelas hal sebenar, mahu pulihkan hubungan dengan isteri

Kontroversi yang membabitkan seorang seorang wanita yang didakwa merampas suami rakan baiknya sendiri ternyata mendapat pelbagai reaksi warganet sejak semalam.

Dipihak wanita yang didakwa sebagai perampas yang dikenali sebagai Yaya juga sudah menafikan apa yang tular melalui laman Facebook Hannabaa.

Bagaimanapun bagi Hanna dia mempunyai bukti dan asas yang cukup kuat untuk menjelaskan apa yang didedahkan pihaknya adalah perkara yang benar.

Sementara itu The News Malaysia secara eksklusif menemubual suami kepada Hanna sendiri. Bercakap melalui pihaknya, Baa atau nama sebenarnya Mahyudin, 35 menjelaskan secara terperinci apa yang sedang dilaluinya kini.

TNM : Secara jelas boleh terangkan hubungan sebenar dengan Yaya?

Baa : “berkenaan situasi saya dgn yaya.. saya akui setelah mengenali beliau buat beberapa tahun yg lepas bagi mengendalikan perniagaan bersama.. dan setelah beberapa lama mengenali beliau, saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau atas asbab memperlihatkan keakraban diantara mereka berdua yg sngat2 rapat dan selesa juga melihat akan keikhlasan beliau yg bnyak membantu saya dalam menaikkan lagi perniagaan yg dimiliki oleh saya” ( petikan Dari Fb Baa Azhar)

TNM : Dipihak isteri Baa sendiri sudah terangkan dia mempunyai bukti akan hubungan yang terjalin.

Baa: Sebagai seorang suami saya tidak suka menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan isteri. Saya tahu bukti yang dimaksudkan adalah perbualan di Whatsapp antara saya dan Yaya. Saya tidak pernah memadamkan sebarang mahu perbualan di situ sebab saya memang berlaku jujur. Mungkin itu yang dianggap sebagai bukti tetapi itu hanya salah faham.

TNM : Dakwaan yang mengatakan sudah bernikah di selatan Thailand 6 Januari lalu.

Baa : Tidak lojik lansung kerana tempoh perjalanan ke Narathiwat selain proses membabitkan pernikahan tidak boleh berlaku dalam 1 hari. Pada hari tersebut saya sudah ada di rumah pada pukul 5.30 petang.

TNM : Keadaan hubungan sekarang dengan isteri?

Baa : Saya anggap isteri saya dalam fasa merajuk. Jujurnya kami tidak ada masalah malah saya masih pulang untuk bertemu dengan keluarga saya seperti biasa.

TNM : Ketika ini bukan sekadar kecaman, malah netizen sendiri mengambil kesempatan untuk menjadikan rupa paras Baa sebagai bahan kecaman.

Baa : Saya tidak pernah ada masalah dengan kecaman orang di luar sana. Perkara ini tidak memberi kesan langsung kepada saya. Jujurnya saya akui memang saya hodoh, memang itu antara perkara yang sering dijenakakan bukan sahaja kenalan tetapi saya sendiri.

TNM : Ada pihak yang mendakwa ini juga sekadar “marketing” untuk memasarkan perniagaan, betul ke?

Baa : merepek, banyak lagi cara lain untuk saya buat marketing. Jujurnya ini tidak langsung membantu perniagaan saya.

TNM : sebagai seorang ahli perniagaan adakah kisah tular ini menganggu Baa

Baa : Saya cukup profesional, masalah peribadi bukan sesuatu yang akan dicampur adukkan dengan perniagaan. Macam semalam ketika orang lain sibuk membuat pelbagai andaian dengan apa yang berlaku saya tetap menjalankan tugas saya sebagai kontraktor bertemu dengan pelanggan.