Berebut awek, kedai mamak jadi mangsa kerosakan

Terpaksa bayar hampir RM20,000 selepas anak pecahkan patung Teletubbies gergasi

TULAR baru-baru ini apabila sebuah rakaman video yang menyaksikan sekumpulan lelaki bergaduh di sebuah restoran mamak di Taman Ehsan Saja, Klang yang dirakam salah seorang pelanggan restoran.

Insiden itu kelihatan kecoh apabila sekumpulan lelaki bertindak menarik seorang wanita selepas mencetuskan pergaduhan di restoran berkenaan.

Punca pergaduhan dikatakan akibat berlakunya perebutan teman wanita selain aksi pergaduhan itu juga memperlihatkan batang besi besbol digunakan sebagai senjata.

Video tular itu secara tidak langsung mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan pemilik restoran apabila barangan kedai juga turut terjejas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kesemua lapan suspek berusia antara 14 hingga 21 tahun telah ditahan.

Selain itu, polis turut merampas beberapa telefon bimbit, pakaian, sebuah motosikal dan juga dua batang besi besbol.

Setakat ini, kesemua mereka akan direman antara tiga hingga enam hari bagi menjalani siasatan berikutan kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.