Terbabit jenayah pelacuran & perjudian, bekas anggota Big Bang dihukum penjara

berita kontroversi

BEKAS anngota kumpulan Big Bang, Seungri, dijatuhi hukuman penjara akibat pelbagai perbuatan jenayah yang dilakukan beberapa tahun lalu.

Mahkamah Agung Korea Selatan dilapor telah menjatuhkan hukuman satu tahun enam bulan penjara terhadap Seungri, atau nama sebenarnya Lee Seung Hyun, pada 26 Mei 2022 selepas rayuan yang dibuat menerusi Mahkamah Tinggi Tentera pada Januari lalu ditolak, lapor Astro AWANI.

Artis berusia 32 tahun itu sebelum ini dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Tentera, lapor AllKPop.

Terdahulu, Seungri telah disabitkan dengan sembilan kes jenayah pada tahun 2020.

Rangkaian jenayah tersebut termasuklah pelacuran, perjudian di peringkat antarabangsa, penerbitan kandungan lucah serta melakukan ugutan.

Artis terkenal Korea Selatan itu telah menjalani hukuman penjara tentera sejak Ogos tahun lalu.

Dia dilaporkan akan dipindahkan ke penjara awam, sesuai dengan keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Agung Korea Selatan.

Ini bemakna dia mempunyai baki sembilan bulan lagi untuk dihabiskan di penjara sebelum dijangka bebas pada Februari 2023.

Bagaimanapun banyak pihak telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan yang dikeluarkan mahkamah yang meringankan hukuman daripada tiga tahun menjadi satu tahun enam bulan.

Mereka merasakan Seungri tidak layak menerima hukuman lebih ringan berbanding kesan skandal jenayah yang telah dilakukannya.

Sumber: Astro AWANI