GOLONGAN atau puak antivaksin kelihatan tidak jemu dengan mengeluarkan dakwaan merepek terhadap sesuatu isu.
Terbaharu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin didakwa menggunakan empat jenis jin sebagai pelindung dirinya menerusi gelang hitam yang dipakainya pada tangan kiri.
Meskipun dakwaan itu dianggap merepek namun tuan badannya sendiri tampil melayan kerenah puak antivaksin.
“Salah, Saya guna 4 jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia, Sinovac, Pfizer, CanSino dan AstraZeneca,” ujarnya ringkas di Instagram.
Perkongsian yang dihantar menerusi Telegram itu dikatakan tular sebaik sahaja dakwaan itu disebarkan.
“Cuba teliti apa yang KJ pakai kat tangan, KJ ada guna tangkal dekat tangan kiri, ada 4 jenis jin setan yang dia guna untuk lindungi diri dia,” dakwa individu tersebut.
Sebelum ini, beberapa dakwaan yang dikeluarkan Antivaksin turut mengundang kontroversi khususnya melibatkan tindak balas terhadap pengambilan vaksin.
Ini termasuk beberapa dakwaan lain yang mengatakan COVID-19 merupakan satu konspirasi dunia.