10 tahun bawa diri di perantauan, lelaki ini ditampar ibunya selepas bawa pulang anak dan isteri balik rumah!

MENJADI anak perantauan memang bukan mudah. Ada kalanya kita terpaksa tinggal berjauhan dari keluarga selama beberapa tahun kerana ingin mengejar cita-cita hidup.

Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bernama Aprino yang memutuskan untuk pulang ke kampung halaman di Lampung Utara, Sumatera, Indonesia.

Difahamkan Aprino telah mula keluar dari kampung sejak tahun 2011 iaitu 10 tahun yang lalu dan baru-baru ini dia cuba melakukan kejutan pada ibunya dengan membawa pulang isteri dan anaknya.

Walau bagaimanapun, setelah ibunya menyedari kehadiran Aprino dari belakang. Dia telah ditampar oleh ibunya ‘berkali-kali’.

Namun, jangan disalah anggap, tamparan tersebut bukanlah tamparan marah malah ia merupakan tamparan kasih sayang kerana kejutan itu.

Sambil berpelukan sesama sendiri melepaskan rindu, pertemuan ibu dan anak ini membuatkan warganet terharu dan berpendapat selepas 10 tahun, pelukan itu merupakan satu saat ‘hangat’ yang sudah terbayar.

Wah! memang best betul kalau dapat jumpa orang tersayangkan! semoga cepatlah tempoh pandemik Covid-19 ini habis! kalau Covid-19 nak hilang selamanya pun lebih bagus! setuju tak?