Tu la siapa suruh panjat? Kan dah tersangkut….

MENJADI kebiasaan bagi seorang yang bergelar kanak-kanak apabila aktif di waktu usia mereka.

Ini kisah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun apabila kepalanya tersangkut di pintu besi rumah sewaktu memanjat.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.40 tengah hari tadi di Taman Puncak Jalil, Serdang, Selangor. 

Mangsa, Mohd Adif Abdullah, 3, bagaimanapun berjaya diselamatkan pihak bomba Serdang.

Bomba bagaimanapun terpaksa memotong pintu besi bagi mengeluarkan kepala mangsa yang dilakukan kurang dari lima minit.

Mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan menurut laporan pihak bomba. – TheNewsMalaysia