Patutla ‘Waja’ tu lari, pengedar dadah rupanya!

INSIDEN tular melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Waja yang cuba melarikan diri daripada pihak polis merupakan suspek pengedar dadah.

Video tular berdurasi 45 saat itu menyaksikan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap tayar kenderaan tersebut yang cuba melarikan diri di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis berjaya menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 35 tahun.

Suspek kini sedang diburu pihak polis.

“Suspek telah ditahan di kawasan perumahan Desa Aman sekitar 1 kilometer dari lokasi kenderaan tersebut ditinggalkan.

“Hasil semakan rekod mendapati terdapat lapan kes melibatkan jenayah dadah,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Nik Ezanee memaklumkan polis sedang memburu seorang lagi suspek yang masih bebas dikenali dengan gelaran “Bob Mah Sing” berusia lingkungan 40an.

Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan suspek dengan menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) turut menemui dadah jenis heroin.

Ketika kejadian, kedua-dua suspek diarah keluar dari kenderaan namun tidak diendahkan malah bertindak beberapa kenderaan lain sebelum melarikan diri.

Tindakan berani suspek mengakibatkan mereka berjaya meloloskan diri sebelum meninggalkan kenderaan tersebut di tepi jalan akibat kebocoran tayar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427, 188 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(2)
Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes juga turut melibatkan Seksyen 6(1) Akta Bahan Bahan Kakisan Dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.