Penggali kubur temui ajal ketika menggali

AJAL tidak mengenal usia dan masa, itu yang terjadi kepada seorang penggali kubur di New York yang menemui ajalnya ketika sedang menggali kubur di Washington Memorial Park pada 8.30 pagi semalam.

Rodwin Allicock, 42 tahun dikatakan maut selepas tanah kubur yang digalinya itu runtuh dan tertimbus pada kedalaman dua meter.

Menurut seroang lagi pembantunya yang berdepan detik cemas itu berkata, usaha untuk menggali semula untuk mendapatkan mangsa bagaimanapun gagal.

Rodwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, pihak polis New York dalam satu kenyataan pada Khamis mengesahkan perkara berkenaan.