Cuaca buruk malam ini, 12 negeri dijangka terkesan

Pattern photo created by Kireyonok_Yuliya - www.freepik.com

AMARAN ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di 12 buah negeri sehingga pukul 7 malam nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang manakala beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak serta Sabah, lapor Kosmo.

“Di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak pula di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi negeri Kelantan kawasan yang terjejas di Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Terengganu di Besut dan Setiu sementara negeri Pahang di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia, cuaca tidak menentu di Negeri Sembilan di kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin manakala di Melaka di Jasin sementara di Johor pula di kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Di Sarawak pula melibatkan kawasan Limbang (Lawas) sementara di Sabah pula meliputi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Kudat (Kota Marudu),” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Kosmo