Kotak hitam pesawat China Eastern Airlines terhempas akhirnya ditemui

PENYIASAT penerbangan China mengesahkan telah menemui kotak hitam menyimpan suara kokpit pesawat dan data penerbangan China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin lalu.

Menerusi kotak hitam itu, ia dapat menjelaskan apa yang terjadi di mana menurut tentera berada dalam pesawat itu dan dapat memastikan situasi yang benar-benar terjadi, lapor Astro AWANI.

Pesawat Boeing 737-800 itu terjunam pada kelajuan tinggi sebelum ia terhempas di bandar Wuzhou di wilayah Guangxi.

Penerbangan MU5725 dari Kunming ke Guangzhou itu dilapor hilang kelajuan lalu menjunam sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan.

Pesawat itu kemudian tidak memberi sebarang isyarat atau data di sekitar Wuzhou.

Pesawat tersebut diserahkan kepada syarikat China Eastern Airlines daripada Boeing pada Jun 2015 dan telah beroperasi melebihi enam tahun.

Ekoran daripada nahas berkenaan, perjalanan udara di China turut merosot.

Semalam, 74 peratus daripada 11,800 penerbangan yang dijadualkan di China telah dibatalkan, termasuk sebahagian besar daripada Beijing dan Shanghai, yang merupakan salah satu laluan domestik paling sibuk di dunia.

Perjalanan udara China telah berdepan sekatan susulan COVID-19, tetapi angka yang direkodkan pada Selasa merupakan yang tertinggi tahun ini dan dua kali ganda jumlah yang dicatatkan pada awal bulan ini, menurut data penerbangan China.

Sumber: Astro AWANI