“Tutuplah aurat. Dah tua” komen Sakinah buat kakaknya dapat perhatian

Dikenali sebagai antara adik beradik yang cukup berbakat dalam industri, siapa yang tidak kenal  Sharifah Shahirah dan adiknya Sharifah Sakinah.

Selain cukup terkenal dalam bidang lakonan kedua-dua nama ini juga sebenarnya cukup mesra di laman sosial apabila mempunyai jutaan pengikut.

 

Selain berkongsi kisah harian, antara yang cukup ditunggu pengikut mereka di laman sosial adalah keterbukaan adik beradik ini dalam berkongsi pendapat.

Bukan berada dalam kategori artis “cover line” pasangan adik beradik ini juga sering muncul dengan jenaka berani yang kadangkala cukup menghiburkan.

Terbaru ketika Shahirah atau Sheira berkongsi video bermain golf. Adiknya Sakinah itu dengan selamba menegur kakaknya itu untuk menutup aurat.

“Tutuplah aurat. Dah tua,” tulis Sakinah di ruangkan komen tersebut.

Tenyata rata-rata pengikut IG kakaknya itu cukup terhibur selain tidak tahu sama ada Kinah benar-benar memberi nasihat atau sekadar memerli.

Bagaimanapun ada yang melihat teguran ini cukup berani selain menghiburkan, memandangkan mereka tahu pasangan adik beradik ini sering berjenaka antara mereka.

View this post on Instagram

Ooo pukul ke kiri pergi kekanan…ooooo

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on