Lelaki selamatkan bayi sebelum ‘dibuang’ ibu sendiri

Simpati melihat nasib seorang bayi yang diancam untuk buang ibunya sendiri, seorang lelaki berusia 39 tahun kini menjadi penjaga kepada bayi berusia satu bulan.

Melalui laporan Sinar Harian, Muhamad Haswadi Ali pada mulanya baru sahaja selesai bersenam di Taman Tasek Ampang Hilir, Ampang pada November tahun lalu. Namun kehadiran seorang wanita Indonesia bersama seorang bayi cukup mengejutkan dirinya.

“Sebaik sahaja selesai berjogging di tasik ini, saya menuju ke kereta untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba seorang wanita yang tidak dikenali menghampiri saya dan memperkenal dirinya sebagai Riya.

“Dia meminta tolong saya untuk menjaga bayi ini dan mengancam untuk membuang bayi ini jika saya tidak ambil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jelas Haswadi yang juga merupakan seorang pengarah urusan, selepas bersetuju untuk membantu wanita itu juga turut menyerahkan sebuah beg berwarna biru yang mengandungi butiran peribadi, susu dan barangan bayi selai terus membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya bagi memaklumkan kejadian tersebut.

Hampir dua bulan menjadi penjaga, Haswadi mengakui sudah menganggap bayi itu sebagai anaknya sendiri.

“Sejak dari itu saya menjaga bayi ini dan mula menganggap bayi ini sebagai anak saya sendiri,” katanya.

Justeru itu, dia turut berhasrat untuk mengambil bayi lelaki berkenaan yang bernama Azrill Qayyim Abdullah berusia satu bulan sebagai anak angkat.

Dia juga telah mendapat kelulusan hak penjagaan sementara selama sebulan daripada Jabatan kebajikan Malaysia (JKM) dan Mahkamah sebelum memperoleh hak jagaan sepenuhnya.

Sumber : Sinar Harian