Tidak Kisah Baju Anak Murah, Yang Penting Rapi Dan Kemas – Zizie Ezette

Merupakan ibu kepada lima orang anak, Datin Seri Zizie Ezette mengakui dia sememangnya suka melihat kesemua anak-anaknya itu berpakaian hampir sama dengan dirinya.

Jelasnya ini adalah satu kebanggaan untuk dirinya untuk dapat memastikan setiap anak-anaknya itu berpakaian kemas dan nampak comel.

Jelasnya bukan soal jenama atau harga yang dititikberatkan oleh dirinya tetapi kekemasan dan kerapian dalam berpakaian yang menjadi keutamaan.

Jujurnya kalau saya nampak baju harga RM 10 saya akan beli kalau baju itu nampak cantik.”

Lagipun sayang anak-anak cepat besar tambahan pula ekonomi kurang baik. Lebih baik berjimat untuk persekolahan anak-anak akan datang,” tulisnya.

Cukup matang dalam menjelaskan keadaan ini. Kata Isteri kepada Datuk Seri Bung Moktar ini lagi dia lebih senang berbelanja mengikut kemampuan diri.

Kena ukur baju di badan sendiri, jangan pula ‘biar papa asal bergaya’,” tulisnya lagi.

Korang setuju tak?