Dua Sahabat Baik Terjumpa Syiling ‘Emas’ Berharga Secara Tak Sengaja Ketika Bercuti!

Memang cukup bertuah! Dua sahabat baik yang sedang bercuti sambil membantu rakan mereka mencari cincin kahwin di kawasan lapang terjumpa kepingan syiling emas.

Kedua sahabat baik itu ialah Michael Gwynne, 52 dan Paul Raynard, 44 tidak menyangka menemui 84 kepingan syiling 1500-an di padang berhampiran Ballycastle, Ireland Utara.

Menurut pakar dari Muzium Ulster harga jumlah wang syiling itu berkemungkinan bernilai lebih dari £100,000 (RM532,992).

Bagaikan bulan jatuh ke riba, mereka tidak percaya dengan hasil penemuan itu pada awalnya. Percutian yang pada asalnya bertujuan untuk membantu rakan mereka yang juga seorang petani mencari cincin perkahwinannya yang terjatuh di ladang, akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang lebih menyeronokkan.

Bagaimanapun cincin perkahwinan yang dicari mereka tidak ditemui. Difahamkan Michael dan Paul adalah rakan kongsi yang sering mengkaji peta lama bagi cari petunjuk penempatan kuno atau medan peperangan untuk mencari harta karun yang ditanam.

Biarpun begitu, kali ini mereka hanya mengambil masa beberapa jam di kawasan lapang itu dan menemui beberapa kepingan syiling. Mereka kemudiannya menggali lubang kecil dan menemui lebih banyak kepingan syiling berkenaan.

Sumber : Metro UK