15 jam Ironman, Alif Satar Solat Tak?

“Saya buat solat jamak takhir” – Alif Satar

Menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 dengan catatan masa 15 jam lima minit dan 49 saat, netizen mempersoalkan adakah penyanyi dan pelakon, Alif Satar menunaikan solat.

Cabaran itu membabitkan tiga aktiviti termasuklah berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42km.

Enggan membiarkan lama persoalan itu tergantung, Alif, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkongsi dirinya sempat menunaikan solat menerusi video dimuat naik di Instagram.

“Sejak buat perjalanan Ironman Langkawi 2019 di Youtube, banyak ikuti perkembangan ini dalam masa sama saya nak beri inspurasi pada orang ramai.

“Apabila timbul persoalan macam mana dengan solat saya, saya berasakan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu pada mereka yang ingin menyertai acara ini.

Mungkin mereka bertanya sebab tak tahu. Bagi saya, tak perlu risau atau takut nak masuk terutama dalam bab solat. Solat ini mudah. Alhamdulillah, tempat perlumbaan ini menyediakan tempat untuk solat. Tinggal lagi kita kena bijak cari masa.”

Memandangkan perlumbaan ini dibuat di Langkawi, jadi saya boleh buat jamak. Kiranya sangat mudah. Saya pun sudah kira dan susun waktu sesuai untuk solat,” katanya.

Alif juga menjelaskan, perkongsian itu bukan untuk menunjukkan dirinya bagus.

Video ini adalah bahagian ketiga daripada perjalanan saya sepanjang terbabit dalam Ironman Langkawi 2019.”

Bukan saya nk tunjuk bagus atau cara nak solat, tapi saya nak beritahu apabila dapat solat badan saya segar kembali.”

Dalam video ini saya sudah kongsikan semuanya dan saya jemput semua untuk tonton di saluran Youtube Alif Satar,” katanya.