Terima lamaran, Ayda Jebat, Nabil Mahir bakal kahwin tahun ini?

Ketika negara kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakkan bermula hari ini ternyata pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sempat menceriakan peminatnya dengan berita mengenai perkahwinannya.

Berkongsi gambar bersama kekasihnya Nabil Mahir semalam, Ayda turut menunjukkan sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya. Menulis kapsyen hadiah hari lahir paling indah, ternyata peminatnya tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

“Hadiah hari lahir paling indah, saya kata ya,” tulisnya.

Ayda yang baru sahaja menyambut ulang tahun hari lahir ke 28 bagaimanapun tidak menjelaskan bila dia dan Nabil akan melangsungkan perkahwinan. Namun melalui komen yang ditinggalkan ramai yang yakin Penyanyi lagu Temberang ini akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini.