Astro beri saluran percuma buat semua pengguna sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Dalam memberi sokongan moral kepada rakyat Malaysia, Astro tidak pernah gagal untuk membantu.

Ternyata Ketika rakyat di negara ini dilanda cabaran mengawal pandemik COVID-19 selain sedang berhadapan dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan, Astro memilih untuk menyediakan Saluran Filem di Astro dan Astro GO secara komplimentari buat semua penggunanya bermula hari ini.

Antara saluran yang pasti menjadi pilihan tentunya HBI, Fox Movies dan banyak lagi.

Sementara itu kesemua program ini juga boleh ditonton pada bila-bila masa, di mana sahaja anda berada, dengan aplikasi Astro GO. Muat turun Astro GO melalui App Store atau Google Play. Pelanggan Astro juga boleh melayari Astro GO melalui laman sesawang astrogo.astro.com.my.