“Tang mana macam kobis” Che Ta kecewa netizen tidak hargai kreativiti pereka fesyen baju

Terkenal sebagai antara selebriti yang cukup berani berfesyen. Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan tidak terlepas menjadi inspirasi buat wanita bertudung di luar sana sebagai ikon fesyen.

Bagaimanapun baru-baru ini Che Ta yang muncul di sebuah majlis digambarkan mengenakan pakaian seperti campuran sayur .

Ternyata pakaian bewarna hijau itu menarik perhatian netizen selain turut menggambarkan Che Ta sebagai salad dan kobis.

Tetap menjelaskan tanggapan netizen itu sebagai kreatif, namun jelas Che Ta sendiri dia lebih senang jika pihak di luar sana lebih menghargai nilai kreativiti pereka fesyen bajunya itu.

 

“Kami tak nampak pun dekat mana yang mereka kata baju ini macam kobis.

“Biasa la netizen otak mereka memang kreatif tapi tak reti menghargai kreativiti seseorang pereka itu,”jelasnya dalam muatnaik di laman Instagram miliknya.