Iklankan diri dengan gantung poster tepi jalan untuk cari jodoh

Seorang lelaki dari Terengganu menggunakan poster untuk mengiklankan diri sendiri dalam usaha untuk mencari jodoh.

Menerusi laporan Harian Metro tindakan berani Nooraziro Abdullah, 35, yang menggantung poster di tepi jalan sebagai jalan terakhir untuk dia menamatkan zaman bujangnya.

” SAYA tidak peduli orang nak cakap saya terdesak, asalkan dapat cari isteri.”

“Pelbagai usaha saya lakukan untuk mencari jodoh termasuk adik membantu dengan memaparkan keinginan saya itu di sosial media, namun gagal.

“Bagaimanapun, naluri hati saya dapat merasakan jalan ini (gantung poster) mungkin membuahkan hasil.

“Saya terfikir, dalam ramai-ramai penduduk Kampung Kuala Dungun dan pengguna jalan raya, tak kan seorang pun tidak sangkut untuk dijadikan isteri,” katanya.

Tidak meletakkan ciri-ciri isteri yang dimahukan dirinya. Jelasnya rupa paras bukan kriteria utama memandangkan dia mencari wanita yang menerima dirinya seadanya.

“Tidak kisahlah wanita macam mana, gemuk ke, kurus ke, hodoh ke, asalkan dapat menerima saya sebagai suaminya.

“Ada beberapa wanita sudah menghubungi saya bertanyakan hal berkenaan dan diharap akan ada jodoh untuk saya nanti,” katanya.

Sementara itu yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, dia sengaja meletakkan poster berkenaan di Kuala Dungun dan tidak di tempat yang mudah dikenali orang kampung.

Most Popular