Sharifah Sakinah perli Ahmad Idham

erkenal sebagai antara pelakon yang cukup lantang menyuarakan pendapatnya. pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri tumpuan netizen. Mengeluarkan pendapatnya mengenai cadangan CEO Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri Netflix ditapis pihak kerajaan.

Sharifah Sakinah tidak menolak ada antara kandungan didalam Netflix tidak bersesuaian kanak-kanak, namun jelasnya sebagai orang dewasa ambil tanggungjawab untuk meletakkan pin keselamatan.

Tidak bersetuju jika cadangan untuk mengharamkan dan menyekat Netflix, Sharifah Sakinah turut membuat ugutan akan baring di depan bangunan Finas yang terletak di Zoo Negara.

Sempat mengimbau kembali drama lakonan Ahmad Idham, kata Sharifah Sakinah juga dia tidak menolak  drama Cinderella yang cukup popular seuatu masa dahulu merupakan inspirasi buat dirinya untuk bergelar seorang pelakon kini.

“Siapa boleh lupa, babak romantis dan bahagian pegang, menari yang saya tonton ketika kecil dahulu di saluran televisyen negara yang tidak bertapis,”tulisnya.

Jadi ada sesiapa yang mahu sertai acara baring di depan Finas?