Denden Gonjalez Buat Percubaan Kedua Dengan She’s Gone

    Namanya menjadi perhatian ramai apabila berjaya membawakan lagu She’s Gone nyanyian kumpulan Steelheart dengan cukup baik.

    Bercerita kembali apa yang berlaku hampir lima tahun lalu, penyanyi yang berasal dari Indonesia ini, Denden Gonjalez menjelaskan pada mulanya dia tidak menyangka apa yang dimulakan itu sekadar percubaan mendapat pujian ramai sehingga menyebabkan tontonan 20 juta tontonan di Youtube.

    Bagaimanapun video yang dimuat naik itu terpaksa di padamkan kerana isu hak cipta. Namun kini menurut Denden atau nama sebenarnya Denden Samsuhendar, 36, dia sudah mendapat lampu hijau untuk merakamkan kembali lagu tersebut melalui kebenaran syarikat rakaman. Malah jelasnya dia turut menghubungi penyanyi Steelheart, Miljenko Matijevic dalam memulakan proses ini.

    Miljenko Matijevic menjelaskan dia tidak kecewa untuk saya menyanyikan kembali lagu ini memandangkan lagu yang cukup popular pada 90-an ini kembali mendapat perhatian apabila saya menyanyikan semula.”

    Malah dia turut memuji cara penyampaian saya, yang dikatakan berbeza,” jelasnya.